Countdown UPSR

Thursday, June 24, 2010

National Space Challenge 2010 (NSC'10)


National Space Challenge (NSC) Prime Minister’s Trophy merupakan satu program yang direka khas dalam usaha memupuk minat seawal mungkin terutamanya di kalangan pelajar Tahun 4 sekolah rendah terhadap kefahaman tentang astronomi dan sains angkasa.

Program ini merupakan satu program tahunan anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu program pendidikan merentas kurikulum sekolah rendah setiap tahun.

NSC telah memasuki tahun ke-13, sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1997 sebagai Kuiz Sains Angkasa Piala Perdana Menteri peringkat sekolah rendah. Pertandingan ini telah berjaya menarik minat ramai pelajar dan guru-guru sains. Ia terbukti merevolusikan program sains di Malaysia dan menjadi satu penanda aras baru bagi sebarang program sains pada masa hadapan.

Harapan ANGKASA agar program ini terus dilaksanakan tahun ini dengan penglibatan lebih ramai generasi muda dalam misi menerokai bidang sains angkasa dan memahami manfaat angkasa sebagai wadah bagi penjanaan ilmu.

Objektif

Program NSC diadakan bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut:

  • Untuk menarik minat generasi muda Malaysia terhadap sains angkasa;
  • Untuk membina kemahiran pelajar-pelajar dalam penyelidikan saintifik;
  • Untuk mempelajari konsep dan teknik berkenaan sains angkasa;
  • Untuk memberi pengalaman mengenai konsep dan proses sains;
  • Untuk menghargai sains angkasa sebagai kepentingan peribadi dan negara; dan
  • Untuk memupuk nilai kerjasama antara pelajar-pelajar sebagai satu pasukan.
Peserta Sekolah
  • Sarah Nur Rusyda binti Yasir (Tahun 4 Pintar)
  • Nur Syamilah binti Azhari (Tahun 4 Pintar)
Tarikh dan Masa

  • Tarikh : 23 Jun 2010 (Rabu)
  • Masa : 10.00 - 11.30 pagi

Wednesday, June 23, 2010

The Wonderful Solar System

Solar System


The Solar System[a] consists of the Sun and those celestial objects bound to it by gravity, all of which formed from the collapse of a giant molecular cloud approximately 4.6 billion years ago. Of the many objects that orbit the Sun, most of the mass is contained within eight relatively solitary planets whose orbits are almost circular and lie within a nearly flat disc called the ecliptic plane. The four smaller inner planets, Mercury, Venus, Earth and Mars, also called the terrestrial planets, are primarily composed of rock and metal. The four outer planets, Jupiter, Saturn, Uranus and Neptune, also called the gas giants, are composed largely of hydrogen and helium and are far more massive than the terrestrials.

Selamat Datang Ke Blog Panitia Sains

Sains merupakan mata pelajaran teras yang penting dalam pendidikan sekolah rendah.
Panitia Sains SRAMP telah mengambil inisiatif mewujudkan blog khas untuk berkongsi maklumat mengenai perkembangan terbaru aktiviti-aktiviti Panitia Sains.
Tahniah dan syabas diucapkan.Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua terutamanya kepada warga Sekolah Rendah Arab Merlimau Pasir.